Cara Menjual Kereta Anda dengan Selamat ketika Pandemik COVID-19

Car Advice    •

Articleimage

(Kredit Foto: The Straits Times)


Adakah anda menghadapi kesukaran untuk menjual kereta kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)? Adakah anda risau tentang peningkatan bilangan kes COVID-19? Berikut adalah panduan untuk menjual kenderaan anda dengan selamat ketika keadaan tidak menentu ini.

Dengan peningkatan jumlah kes sehingga 28,000 dan pertambahan kes sehari sebanyak 1,240, anda mungkin ingin menjual kereta tetapi risau untuk berjumpa orang ramai disebabkan peningkatan kes serta potensi untuk anda dijangkiti virus.

Tambahan lagi, kebanyakan bisnes sekarang mengamalkan kerja dari rumah. Jadi, sekarang adalah waktu yang terbaik untuk sesiapa sahaja menjual kereta mereka.

Jika anda salah seorang daripada mereka, berikut adalah panduan untuk menjual kereta anda dengan selamat ketika pandemik COVID-19.

Articlehandshake

(Kredit Foto: Unsplash)

1) Elakkan bertemu secara langsung

Untuk anda dan pembeli mencapai pengalaman melihat kenderaan secara tanpa sentuhan, anda boleh menggunakan aplikasi video persidangan seperti Zoom, Skype dan Facetime dengan bakal pembeli untuk lawatan secara maya bagi melihat kereta anda yang berada berdekatan rumah.

Hal ini bukan sahaja mengehadkan jumlah kontak antara manusia, malah memberikan anda peluang untuk menjawab sebarang soalan yang bakal ditanya oleh pembeli berkenaan kenderaan secara masa nyata, tidak seperti kaedah tradisional menyiarkan kenderaan dalam talian yang sangat perlahan dan rumit.

Man Driving Car Auto In Mask Coronavirus I Stock 1250559954

(Kredit Foto: GOBanking)

Find the true value of your car here

2) Pandu Uji Kereta

Setelah anda navigasi melalui fasa dalam talian, pembeli berpotensi berkemungkinan tinggi tidak akan membeli kereta selagi tidak mencuba pandu uji. Bagi memastikan keselamatan untuk diri anda dan pembeli, amat penting untuk anda mensanitasikan kereta dengan betul terutamanya bahagian dalam bagi mengelakkan tersebarnya kuman dan virus. Hal ini termasuklah dengan membebaskan udara dalam kereta anda dan mengelap tempat-tempat persentuhan dengan pembasmi kuman.


Titik-titik persentuhan ini termasuklah pemegang pintu, tempat duduk pemandu, papan pemuka, brek tangan, tali pinggang keledar dan stereng kereta. Proses sanitasi perlu dilakukan dengan larutan alkohol sekurang-kurangnya 70% alkohol. Kereta itu juga mesti disanitasi sebelum dan selepas dipandu uji bagi memastikan semua sisa virus disingkirkan dan bahagian kereta dicuci sepenuhnya.

Sambil melakukan pandu uji, anda dan pembeli seharusnya mematuhi panduan penjarakan sosial dan harus menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter sesama sendiri.

Ketika pandu uji kereta dijalankan, anda haruslah berada ditempat duduk penumpang belakang.

Motoristarticle

3) Jual kereta anda dalam talian dengan menggunakan Platform Motorist

Pada abad ke-21, semua benda boleh dijual dan dibeli secara dalam talian termasuklah kereta!

Melalui Motorist, kami akan membantu anda mendapatkan penilaian tertinggi untuk kereta anda dengan lebih 300 pengedar yang sah.

Dengan menggunakan platform kami, anda cuma berhubung dengan pembeli dalam keadaan terhad. Pertama sekali bagi merundingkan terma dan harga kenderaan, dan untuk menyerahkan kenderaan secara sah kepada pembeli. Dengan menggunakan Motorist, anda bukan sahaja menjimatkan masa malah menjaga keselamatan anda kerana tidak perlu berjumpa pengedar atau pembeli untuk berunding harga jualan kereta anda.

Di Motorist, kami telah melakukan transaksi untuk 2,000 kenderaan bernilai RM57 juta!

Hantarkan butiran kenderaaan anda kepada kami hari ini dan kami akan memberikan sebut harga secara percuma tanpa kewajipan dalam masa 24 jam.

Kami harap panduan jualan kereta kami ini berguna untuk anda. Adakah kami tertinggal sesuatu? Beritahu kami pada komen dibawah!


Find the true value of your car here


Read more: How to Sell Your Used Car for More


Want to find out the value of your car? Get in touch and we'll give you an obligation-free valuation in just 24 hours.

0 Comments