s

4 Petua Memandu Menuruni Bukit Curam

Car Advice    •

Editors%2 Fimages%2 F1638953989390 Steep Hilly Roads Featured(Kredit foto: Pexels)

Malaysia mempunyai pelbagai muka bumi berbukit yang sukar untuk dilalui dengan berjalan kaki. Dengan menggunakan kereta, kami dapat menyenangkan perjalanan kami.

Namun, bak kata pepatah, apa yang naik tentu ada turun. Tanyalah sesiapa yang kerap memandu di kawasan berbukit dan mereka pasti akan mengatakan bahawa memandu kereta menurun bukit lebih mencabar berbanding memandu menaiki bukit itu.

Walaubagaimanapun, ia tidak mustahil dan adalah sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah dan selamat dengan mengikuti petua-petua berikut.


1) Menggunakan Gear Rendah

Editors%2 Fimages%2 F1638954049388 Gear Stick(Kredit foto: Pexels)

Ini adalah petua utama yang anda patut mengindahkan apabila anda menuruni bukit. Dengan menggunakan gear rendah, anda akan dapat mengawal kelajuan kereta anda dengan lebih baik. Penggunaan gear rendah akan aktifkan brek enjin, mekanisme yang menjauhkan brek kereta anda daripada terlalu panas.

Jika anda memandu kereta manual, anda patut menggunakan gear kedua atau ketiga apabila menurun bukit. Jika anda memandu kereta automatik, anda patut menggunakan gear “3”, “2” atau “L” mengikut apa yang ada di kotak gear anda. Pemilik kereta separa automatik boleh menggunakan fungsi separa automatik dan menurunkan gear kereta melalui peralihan dayung atau ‘paddle shifters’ anda. 

Jangan khuatir jika akibatnya adalah putaran enjin bising kerana ia adalah satu tanda brek enjin sedang berlaku.


2) Jaga Kesihatan Brek Anda

Editors%2 Fimages%2 F1638954113253 Car Brakes(Kredit foto: Pexels)

Satu sebab kami telah tekankan kepentingan brek enjin dipetua pertama tersebut adalah untuk elakkan meletakkan terlalu banyak tekanan pada brek anda. Tekanan keterlaluan atas brek anda boleh menyebabkannya cepat pudar, terlalu panas ataupun gagal. 

Kereta berprestasi tinggi juga boleh hadapi kegagalan brek dan mengakibatkan kemalangan. 


3) Jangan Gunakan Gear Neutral

Editors%2 Fimages%2 F1638954163128 Gear Shifter(Kredit foto: Pexels)

Kadangkala, pemandu suka menggunakan gear neutral untuk menurun bukit. Faedahnya datang dalam bentuk penjimatan ekonomi minyak. Namun, di situlah kebaikannya berakhir. Apabila anda menggunakan gear neutral anda kehilangan kawalan penuh kenderaan anda.

Tambahan pula, tanpa sebarang brek enjin, tekanan atas brek kereta anda sangat hebat. 

Apabila anda menggunakan gear, anda juga boleh bertindak balas dengan lebih pantas dan bertindak sewajarnya terhadap bahaya jalan raya.


4) Jangan Menekan Pedal Klac (Kereta Manual Sahaja)

Editors%2 Fimages%2 F1638954241230 Man Inside Vehicle(Kredit foto: Pexels)

Sama seperti menggunakan gear neutral, menekan pedal klac semasa menuruni bukit akan menyebabkan roda bebas. Cuba mengekalkan kereta manual anda pada gear rendah dan bergantung pada sistem enjin untuk melakukan tugasnya.

Adakah anda termasuk kaum pemandu yang sering memandu turun naik kawasan berbukit di Malaysia? Beritahu kami di bahagian komen di bawah jika anda mempunyai petua lain untuk kami yang patut kami memberi perhatian!

Find the true value of your car here


Read More: 6 Safety Tips When Selling Your Car in Malaysia


Want to find out the value of your car? Get in touch and we'll give you an obligation-free valuation in just 24 hours

0 Comments