s

Tempoh Pembaharuan Lesen Memandu dan Cukai Jalan Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021

Car News    •

Editors%2 Fimages%2 F1638942634963 Busy Road In Malaysia Featured(Kredit foto: The Malaysian Reserve)

Tarikh akhir untuk anda melaksanakan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2021, daripada tarikh yang telah ditetapkan pada mulanya di bulan September. Kami membincangkan apakah yang patut anda lakukan dan ke mana anda patut pergi untuk menunaikan proses pembaharuan ini.

Tindakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ini merupakan tindakan balas kepada bantahan rakyat yang tidak sempat melaksanakan proses pembaharuan mereka disebabkan barisan panjang dan kelewatan akibat sekatan wabak Covid-19 yang telah ditubuhkan.

Mulai 31 Disember, pegawai penguatkuasa undang-undang akan meneruskan pengeluaran saman kepada individu-individu yang didapati memandu dengan lesen tamat tempoh. Berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda harus tahu sebelum melakukan proses pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan anda.


Apakah lesen yang terlibat?

Tempoh lanjutan in melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Kenderaan Barangan (GDL), Lesen Memandu Vokasional (PSV) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL).


Di manakah boleh saya memperbaharui lesen saya?

Editors%2 Fimages%2 F1638942837519 Jpj Office

(Kredit foto: World Orgs)

Kamu boleh ke kaunter-kaunter Puspakom, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan POS Malaysia yang telah diberi kebenaran untuk beroperasi pada kapasiti maksimum untuk tempoh lanjutan ini. Sistem tempahan dalam talian akan ditutup pada jangka masa ini dan hanya ‘walk-ins’ yang dibenarkan. 

Untuk ke pejabat-pejabat tersebut, kamu harus divaksin sepenuhnya dan pegawai di lokasinya akan merujuk kepada status risiko rendah Covid-19 anda di aplikasi MySejahtera kamu. Pastikan anda mematuhi SOP keselamatan lokasinya untuk memainkan peranan anda dalam mengekalkan persekitaran yang selamat!

Editors%2 Fimages%2 F1638942764790 My Eg Renewal Page

Sebagai alternatif, anda juga digalakkan untuk memilih pembaharuan dalam talian untuk mengelakkan kesesakan di kaunter terutamanya dengan penemuan terbaru varian Omicron di Malaysia. Pembaharuan dalam talian boleh dilakukan melalui MyEG atau portal mySIKAP JPJ.


Apa yang perlu saya bawa?

Editors%2 Fimages%2 F1638942779653 Document Graphic

Untuk pembaharuan LKM, anda perlu membawa sijil pendaftaran kenderaan asli anda dan kertas kerja insurans yang sah.

Untuk pembaharuan lesen memandu, anda memerlukan MyKad atau pasport anda (atau salinannya jika seorang wakil yangl sedang menjalani transaksi), pengenalan diri asal wakil, sama ada asal atau salinan lesen memandu anda, dokumen pengenalan peribadi wakil asal dengan gambar berwarna 25mm kali 32mm (dengan latar belakang putih) bersama cukup wang untuk membayar yuran pembaharuan.

Editors%2 Fimages%2 F1638943096246 Stock Image Of Coins And Car Keys

Harga yuran pembaharuan adalah RM2 untuk Kelas A/A1, RM20 untuk Kelas B, B2 dan C dan RM30 untuk lesen Kelas D dan ke atas.

Warga asing perlu membawa pasport mereka yang sah.

Pastikan anda memperbaharui cukai jalan dan lesen anda secepat mungkin untuk mengelak daripada didenda oleh pegawai penguatkuasa!


Find the true value of your car here


Read more: Malaysia - Singapore Land VTL: What You Need to Know Before Travelling


Want to find out the value of your car? Get in touch and we'll give you an obligation-free valuation in just 24 hours

0 Comments