s

Cara Melindungi Kereta Anda daripada Kerosakan Matahari

Car Advice    •

Editors%2 Fimages%2 F1639125294130 The Sun Featured

(Kredit foto: Pexels)

Adakah anda merasakan bahawa anda tidak boleh tahan terdedah bawah matahari Malaysia yang sangat panas untuk jangka masa yang lama? Kereta anda juga mungkin merasakan perkara yang sama.

Kita semua tahu bahawa sinaran UV boleh membahayakan kulit kita, tetapi bagaimana dengan kereta kita pula?

Jawapannya ya, sinaran UV boleh merosakkan cat dan dalaman kereta kita. Tetapi jangan risau, berikut ialah tujuh cara untuk melindungi kereta anda daripada matahari terik Malaysia.


1) Letak kereta anda di bawah perlindungan

Editors%2 Fimages%2 F1639125403992 Empty Parking Lot

(Kredit foto: Pexels)

Ini adalah penyelesaian yang paling jelas. Kereta kami selalunya berada di dalam keadaan pegun berbanding bergerak. Tanggungjawab kita sebagai pemilik kereta untuk meletakkannya di bawah teduhan sekerap mungkin, tidak kira sama ada ia di bawah pokok atau struktur yang melindunginya.

Letakkanlah kereta anda di tempat yang terteduh untuk melindungi cat kereta anda dan mengurangkan sebarang kerosakan pada bahagian dalam kereta anda akibat haba.


2) Gelapkan Cermin Tingkap Anda

Editors%2 Fimages%2 F1639125557666 Tinted Car Windows

(Kredit foto: Pexels)

Baru-baru ini, Malaysia meluluskan peraturan bahawa pemandu kenderaan kini boleh mewarna cermin depan dan tingkap penumpang segelap yang mereka mahu. Anda dinasihatkan untuk berbuat demikian, terutamanya jika anda sering meletak kereta di bawah matahari, untuk melindungi bahagian dalam kereta anda.

Tetapi sila ambil perhatian, cermin depan, cermin pemandu dan tingkap sisi penumpang hadapan harus benarkan 70% dan 50% cahaya masuk setiap-masing.


3) Gunakan Penghadang Matahari

Editors%2 Fimages%2 F1639125724224 Car With Sunshade

(Kredit foto: Forbes)

Apabila kereta anda terduduk di bawah sinar matahari terlalu lama, pasti akan terjadi kerosakkan atas papan pemuka dan stereng kereta anda, apatah lagi merosakkan dan memanaskan tempat duduk anda dengan cukup panas yang akan menyebabkan ketidakselesaan apabila anda dan penunggang-penunggang anda masuk duduk dalam kereta. Masalah ini lebih teruk jika bahagian dalam kereta anda bersalut kulit.

Anda boleh capaikan penghadang matahari untuk menghalang sinaran daripada memasuki kereta anda. Anda boleh mendapatkan untuk kedua-dua cermin depan dan belakang anda.


4) Jaga Cat Kereta Anda

Editors%2 Fimages%2 F1639125849596 Car Being Waxed

(Kredit foto: Pexels)

Semasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi bahagian dalam kereta anda, anda tidak boleh melupakan bahagian luarnya. Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ambil untuk memperlahankan kemerosotan kerja cat kereta anda di bawah matahari.

Untuk melindungi kerja cat kereta anda daripada matahari, anda boleh mendapatkan salutan perlindungan cat untuk kereta anda, atau bahkan hanya salutan wax yang lebih murah. Lapisan perlindungan yang tidak kelihatan ini, selain daripada melindungi kereta daripada sinaran UV, juga boleh menangkis habuk, kotoran, lembapan, lekuk kecil dan calar.


5) Pastikan Cecair Pendingin Kereta Anda Mencukupi

Editors%2 Fimages%2 F1639125899192 Car Engine Open Hood

(Kredit foto: Pexels)

Dalam cuaca panas, cecair di dalam kereta anda, terutamanya cecair pendingin, digunakan lebih cepat berbanding dengan iklim yang lebih sejuk. Jangan lupa untuk menambah tahap cecair pendingin anda dengan kerap untuk mengelakkan kereta anda daripada terlalu panas.

Namun, hanya lakukan ini apabila enjin dimatikan. Penutup cecair pendingin boleh menjadi sangat panas apabila enjin hidup dan tangan boleh terbakar.


6) Bersihkan Kereta Anda

Editors%2 Fimages%2 F1639125790010 Washing Car

(Kredit foto: Pexels)

Bahagian dalam kereta anda boleh rosak lebih cepat daripada biasa jika terdapat banyak kotoran dan habuk di bawah matahari yang terik. Oleh itu, untuk melindungi bahagian dalam dan upholsteri tempat duduk anda, bersihkan kereta anda dengan kerap.

Jangan lupa bersihkan bahagian luar kereta anda juga! Meninggalkan kotoran dan kesan akibat hujan pada kereta anda mungkin menyebabkan kerja cat kereta anda haus lebih cepat daripada biasa. Juga ingat untuk menggunakan produk pembersih yang dimaksudkan untuk digunakan pada kereta supaya tidak merosakkan kenderaan anda.


7) Pantau Tahap Tekanan Tayar Anda

Editors%2 Fimages%2 F1639125960443 Car Tyre Being Pumped

(Kredit foto: Pexels)

Apabila memandu dalam iklim panas seperti di Malaysia, tayar cenderung kembung kerana suhu jalan yang tinggi akan mengembang udara di dalamnya. Selain itu, apabila tayar anda yang terlalu kembung dan lebih halus bergerak di permukaan jalan yang panas, kelajuan tinggi boleh menyebabkan tayar anda mudah meletup.

Oleh itu, anda harus melakukan pemeriksaan bulanan pada tekanan tayar anda untuk memastikan ia mengembang dengan betul, mengikut spesifikasi pengeluar.

Adakah anda mempunyai kaedah lain untuk memastikan kereta kami selamat daripada kepanasan matahari yang kejam di Malaysia ini? Beritahu kami di bahagian komen di bawah!


Find the true value of your car here

Read more: What to Do If Your Car Catches Fire in Malaysia?



Want to find out the value of your car? Get in touch and we'll give you an obligation-free valuation in just 24 hours.

0 Comments