Kesalahan Trafik di Malaysia: Cara Menyemak dan Membayar Saman Trafik Online

Diterbikan oleh pada . Dikemas kini pada 14 Feb 2022

Editors%2 Fimages%2 F1639449730402 Malaysian Traffic Featured

(Kredit Foto: Pexels)

Sejauh manakah anda tahu tentang pelbagai jenis saman trafik jalan raya yang wujud di Malaysia dan cara untuk menyelesaikannya? Kami telah menyediakan panduan rujukan tentang apa yang perlu anda ketahui tentang sistem penalti trafik jalan raya di Malaysia.

Saman, denda dan mata demerit adalah antara perkara yang pemandu ingin elakkan jika boleh. Takkan anda dikecuali dari merasa bimbang dan cemas apabila bertemu dengan sekatan jalan raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tertimbul rasa bersalah walaupun anda tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.

Membayar denda juga merupakan perkara sensitif masa; pengetahuan awal tentang perkara yang perlu dilakukan dan ke mana hendak pergi apabila anda menghadapinya boleh menyelamatkan anda daripada kesusahan dan dikenakan penalti pembayaran lewat. Berikut ialah pelbagai denda trafik jalan raya yang wujud di Malaysia dan cara bagaimana anda boleh menyemak sama ada anda ada sebarang denda yang belum diselesaikan dan langkah-langkah untuk menyelesaikannya dalam talian.

Berperhatian bahawa terdapat dua badan berwibawa utama dalam hal denda kenderaan ini, iaitu PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Sebelum anda berusahakan penyelesaian denda, anda akan merujuk kepada tiket denda anda dan mengenalpasti organisasi mana yang mengeluarkan denda itu sebagai panduan kepada siapa anda akan membuat pembayaran.


Kesalahan yang Sering Berlaku


Meluncur Laju

Editors%2 Fimages%2 F1639449983890 Car Speeding In Traffic

(Kredit Foto: Pexels)

Had laju sering dilanggar di jalan raya Malaysia walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan seperti perangkap laju, juga dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang menggunakan penderia dan teknologi pengimejan untuk mengenal pasti pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas. Penaltinya?


Kelajuan Melebihi Had (Km/h)
Jumlah Denda Terkompaun (RM)
Mata Demerit
1 to 25
80
6
26 to 40
150
8
41+
300
10


Perangkap kelajuan ini terdapat di banyak lebuh raya tempatan namun, fikir dua kali sebelum anda memijak pedal gas itu!


Cara Meletakkan Kenderaan

Editors%2 Fimages%2 F1639450073821 Car Parked Across Multiple Lots

(Kredit Foto: Pexels)

Nilai denda tempat letak kereta boleh berbeza mengikut wilayah persekutuan tetapi secara amnya, kesalahan yang boleh didenda adalah sama. Ini termasuk:

  • Meletak kereta anda di luar tempat letak kereta yang ditetapkan
  • Menyekat berbilang tempat letak kereta dengan meletak kereta secara salah
  • Merosakkan persekitaran tempat letak kereta
  • Menggunakan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh
  • Menggunakan kupon letak kereta yang diusik
  • Meletakkan kereta anda di kaki lima
  • Meletakkan kereta anda di lorong kecemasan

 

Sebagai rujukan, kebanyakan kesalahan ini di Kuala Lumpur membawa denda kompaun sebanyak RM100 seperti yang dilambangkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Membiarkan enjin anda hidup sambil diletak pula boleh membawa denda kompaun RM250. Pastikan anda memilih di mana anda meletakkan kenderaan anda dengan lebih terliti!


Gerakan Haram

Editors%2 Fimages%2 F1639450179998 Vehicles At Traffic Light

(Kredit Foto: Pexels)

Pernahkah anda tersalah jalan semasa memandu dan tergoda untuk membuat pusingan-u haram untuk menjimatkan beberapa minit dalam perjalanan ke destinasi anda? Bersedia untuk didenda RM300 jika pegawai polis trafik atau kamera menangkap anda! Berikut ialah beberapa gerakan haram dan denda yang boleh dikenakan.

 

KesalahanJumlah Denda Terkompaun(RM)
Pusingan U yang tidak sah300
Penggunaan lorong kecemasan yang tidak perlu300
Memotong barisan lalu lintas300
Mengabaikan isyarat lalu lintas dan papan tanda
(Dilarang Masuk, Belok Kanan Sahaja, Lampu Traffik Merah)
300
Berhenti di dalam kotak kuning300
Memandu di lorong bas atau teksi100
Memotong dari lorong kiri
300


Gelagat Dalam Kenderaan

Editors%2 Fimages%2 F1639450247060 Kids Wearing Seatbelt In Car

(Kredit Foto: Pexels)

Cara anda dan penumpang anda berkelakuan di dalam kenderaan anda juga boleh membawa masalah kepada dompet anda. Salah satu tabiat buruk paling terbiasal di kalangan pemandu ialah penggunaan telefon semasa memandu. Pihak berkuasa Malaysia telah bertindak keras terhadap perkara ini dan pesalah mungkin berdepan denda RM1000 atau penjara jika didapati bersalah.

Memandu semasa mabuk atau memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol adalah sesuata jenayah yang memeningkan masyarakat dan tidak hairanlah mengapa ia membawa hukuman paling keras dalam senarai ini. Pesalah kali pertama berdepan denda RM10,000 hingga RM30,000, penjara, serta penggantungan lesen.

Tingkah laku lain yang boleh dihukum termasuk tidak memakai tali pinggang keledar anda (termasuk penumpang), yang membawa denda RM300.


Tidak Membetulkan Isu Teknikal Kenderaan

Betulkanlah lampu signal anda itu! Menghulurkan tangan anda ke luar tingkap dan memberi tanda tangan kepada pengguna jalan raya lain mungkin sesuatu yang kamu anggap cukup baik untuk anda tetapi lain cerita di mata pihak berkuasa. Ia sudah menjadi perkara biasa untuk melihat pemandu menangguhkan atau memilih untuk tidak memperbaiki kecacatan atau isu-isu kereta mereka untuk menjimatkan wang. Mereka menganggap bahawa kereta mereka masih boleh menjalankan tugasnya jadi tiada sebab untuk diperbaiki betul?

Salah! Ringgit yang anda cuba menjimatkan itu akan berakhir di dalam poket JPJ dan anda masih akan diminta untuk mengeluarkan wang untuk menyelesaikan kecacatan itu. Denda biasa yang dikenakan ialah RM250 untuk lampu signal anda manakala pengelap kereta yang tidak berfungsi boleh menyebabkan anda disaman RM150.


Lesen dan Cukai Jalan

Editors%2 Fimages%2 F1639450361261 Traffic Police Checking License

(Kredit Foto: Pexels)

Anda juga patut memastikan bahawa cukai jalan dan lesen memandu anda masih sah. Memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh adalah satu kesalahan yang membawa denda sebanyak RM150 manakala cukai jalan tamat tempoh membawa berisiko denda RM3000.  Kementerian Pengangkutan (MOT) baru-baru ini telah melanjutkan tarikh akhir untuk anda memperbaharui lesen dan cukai jalan anda sehingga akhir tahun 2021, cukup masa untuk anda menyelesaikannya dan mengelakkan didenda.


Lebih Lambat Anda Bayar, Lebih Banyak Anda Bayar

Kebanyakan saman dan denda mempunyai kadar terkompaun piawai untuk menggalakkan pembayaran segera bagi caj yang dihadapi. Dari hari anda dikenakan denda hingga hari ke-15, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah keseluruhan. Secara beransur-ansur angka ini semakin meningkat dan anda akan diminta untuk membayar nilai penuh denda.

Sebagai contoh, jika anda ditangkap dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh, anda boleh dikenakan denda RM70 jika anda membayar saman ini pada hari ke-1 hingga ke-15 dari tarikh anda didakwa. Dari hari ke-16 hingga hari ke-30, angka itu meningkat kepada RM120. RM150 yang besar menanti anda jika anda membuat pembayaran dalam 30 hari berikutnya.

Ketahui cara anda boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan anda di sini.

Jika anda masih berdegil dan cuba mengelak daripada membayar, anda boleh diarah hadir ke mahkamah dan kenderaan serta lesen memanda anda mungkin disenaraihitamkan. Anda juga boleh dipenjarakan apabila terlibat saman PDRM yang tidak dibayar! Jadi pastikan anda menyelesaikan denda anda tepat pada masanya.


Semak dan Selesaikan Saman Anda

Terdapat pelbagai portal yang boleh anda gunakan untuk menyemak sebarang saman yang ditanggung dan membuat pembayaran untuknya.


SMS

Anda sebenarnya boleh menyemak denda melalui SMS. Ini caranya:

Penerbit Saman
Teks SMS
Hantar ke
PDRM
POLICE <space> SUMMONS <space> Nombor Plat Kereta atau nombor MyKad
15888 or 32728
JPJ
JPJ <space> SAMAN <space> YNombor Plat Kereta atau nombor MyKad
15888


Namun, anda masih perlu mencari cara lain untuk pembayarannya.


MyEG

Editors%2 Fimages%2 F1639450580375 Myeg Homepage

MyEG merupakan platform e-perkhidmatan kerajaan sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan anda. Perkhidmatan ini termasuk menyemak sebarang denda yang ditanggung dan menyelesaikannya di satu lokasi. Anda juga boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen pemandu anda di portal MyEG.


Laman Web Rasmi JPJ dan PDRM

Editors%2 Fimages%2 F1639450742999 Jpj Summons Enquiry

Anda boleh pergi ke laman web JPJ atau PDRM’s (bergantung pada organisasi yang mengeluarkan denda kepada anda) untuk menyemak sebarang caj yang belum selesai. Untuk JPJ, anda akan menggunakan portal MySIKAP mereka untuk menyemak dan membuat pembayaran manakala PDRM menggunakan MyBayar untuk tujuan yang sama.


Anda juga harus ambil perhatian bahawa anda perlu menyelesaikan sebarang denda tertunggak sebelum anda boleh memperbaharui cukai jalan anda. Namun, untuk mengelakkan situasi dimana anda terkumpul bil saman yang besar, biasakan menyelesaikan pembayarannya secepat mungkin!

Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: 3 Cara Melindungi Kereta Anda Daripada Banjir Kilat

3 Comments

Sanko
Apakah maksud ini mengapa polis menyimpan ini di cermin depan
Balas

6 months lalu

Lee Wee Liam
bagaimana untuk membayar denda jika saya tidak mempunyai mykad
Balas

7 months lalu

Julian Tan
berapa lamakah dari masa kesalahan itu biasanya diambil untuk saman dikeluarkan? terutamanya dalam kes kamera lampu merah.
Balas

dalam 1 tahun lalu