Panduan Pemandu untuk Memperbaharui Cukai Jalan

Diterbikan oleh pada

Apa itu Cukai Jalan?

Cukai jalan merupakan bayaran yang diperlukan untuk membolehkan penggunaan kenderaan anda di jalan raya. Jika anda tidak memperbaharui cukai jalan anda mengikut masa yang ditetapkan, anda mungkin terpaksa berdepan dengan denda atau lebih buruk lagi, kenderaan anda boleh dirampas. Fikirkan bayaran ini sebagai sumbangan anda untuk penyelenggaraan jalan raya. Setiap kali anda membayar cukai jalan, anda sebenarnya membantu dalam pembaikan lubang jalan, penyelenggaraan lampu jalan, dan kestabilan jambatan. Ini adalah cara kita, sebagai pengguna jalan raya, bersama-sama mengekalkan keselamatan dan keadaan jalan yang baik.

Dokumen Diperlukan untuk Pembaharuan Cukai JalanEditors%2 Fimages%2 F1706865987644 Voc

Kiri: Geran Kereta | Kanan: VOC (Sijil Pemilikan Kenderaan)

Untuk memperbaharui cukai jalan di Malaysia, dokumen-dokumen berikut diperlukan:

  1. Insurans yang Diperbaharui: Sebelum memperbaharui cukai jalan, pastikan insurans kenderaan anda telah diperbaharui.
  2. Geran Kereta / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC): Geran atau sijil ini penting untuk membuktikan bahawa anda adalah pemilik kenderaan tersebut.
  3. Dokumen Pengenalan Diri: Biasanya, dokumen pengenalan diri tidak diperlukan untuk memperbaharui cukai jalan, tetapi anda memerlukan MyKad jika perlu memperbaharui insurans sebelum memperbaharui cukai jalan.

Petua Untuk Menjaga Dokumen Dikemaskini dan Mudah Diakses:

  • Selalu semak tarikh luput untuk insurans kenderaan dan cukai jalan anda.
  • Tetapkan peringatan sebulan sebelum tarikh luput untuk memberikan masa yang cukup untuk pembaharuan.

Fahami Yuran Pembaharuan Cukai JalanEditors%2 Fimages%2 F1706860176107 Capture

Di Malaysia, kos untuk memperbaharui cukai jalan anda bukanlah suatu yang tetap; ia berubah berdasarkan jenis kenderaan yang anda pandu dan beberapa butiran penting lain. Sebagai contoh, saiz enjin kereta anda atau jenis kenderaan yang anda miliki (seperti motosikal atau trak) boleh memberikan perbezaan pada jumlah yang perlu anda bayar. Sistem ini direka dengan cara ini supaya setiap orang membayar sumbangan yang adil, membantu untuk memastikan jalan raya dalam keadaan baik untuk digunakan oleh semua. Berikut adalah jadual anggaran cukai jalan yang perlu dibayar berdasarkan kapasiti enjin kenderaan anda.

Pembaharuan Dalam Talian: Pilihan yang MudahEditors%2 Fimages%2 F1707125659089 1707125659089

Memperbaharui cukai jalan secara atas talian sangat mudah dan praktis. Prosesnya cepat, mudah, dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa perlu mengunjungi pejabat secara fizikal. Anda hanya perlu mengakses laman web rasmi, mencari bahagian cukai jalan, dan mengikuti langkah-langkah yang mudah. Pastikan anda telah bersedia dengan dokumen yang perlu dimuat naik. Ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang sentiasa sibuk dan lebih suka melakukan urusan secara digital. Tambahan pula, ia jimatkan masa!

Memperbaharui di Pejabat Pos dan Cawangan JPJ

Foto Kredit: Lowyat

Memilih untuk memperbaharui cukai jalan di Pejabat Pos atau cawangan JPJ adalah pilihan yang baik bagi mereka yang menggemari sentuhan peribadi atau yang kurang selesa menggunakan kaedah dalam talian. Di sana, kakitangan yang mesra sedia membantu anda sepanjang proses, sangat berguna jika anda mempunyai soalan atau isu khusus. Ingat untuk membawa semua dokumen anda. Mungkin ada sedikit penantian, tetapi kakitangan akan memastikan segala-galanya diselesaikan untuk pembaharuan cukai jalan anda. Ia sangat berguna jika anda memerlukan pelekat cukai jalan segera atau jika anda menghadapi situasi yang tidak dapat ditangani dengan pembaharuan dalam talian.

Memperbaharui menggunakan Applikasi MotoristEditors%2 Fimages%2 F1707122264486 1707122264486

Anda tahu tak, guna Aplikasi Motorist ni macam ada pembantu peribadi untuk kereta anda. Senang je nak pantau cukai jalan - aplikasi ni akan ingatkan anda bila cukai jalan hampir tamat. Bestnya, boleh terus renew dalam aplikasi tu!

Kalau pasal insurans kereta pula, jangan risau, kami boleh bantu. Cakap je, nanti kami carikan sebut harga yang berpatutan. Kami ada kerjasama dengan macam-macam syarikat insurans untuk pastikan anda dapat tawaran yang terbaik. Senang kan urus kereta macam ni?

Untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan anda dengan mudah, muat turun aplikasi kami

0 Comments