Had Laju Dikurangkan Musim Tahun Baru Cina Ini!

Diterbikan oleh pada

(Kredit Foto: Pixabay)

Had laju di jalan persekutuan di seluruh Malaysia telah diturunkan daripada 90kph kepada 80kph dalam tempoh Tahun Baharu Cina ini.

Sejarah telah menunjukkan bahawa jumlah kemalangan jalan raya cenderung meningkat pada musim perayaan. Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, langkah mengurangkan had laju sebanyak 10kmsj adalah usaha kerajaan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya semasa musim perayaan. Pengurangan had laju itu berkuat kuasa dari 18 Januari hingga 27 Januari.

Nanta juga menyebut bahawa Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta beberapa agensi lain iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia dalam operasi keselamatan jalan raya ini.

Jabatan Kerja Raya juga telah mengenal pasti dan akan memantau 76 'kawasan hitam' –kawasan yang lebih terdedah kepada kemalangan– semasa operasi. Kerajaan telah melabur RM17.2 juta setakat ini dalam kerja-kerja pembaikan untuk 53 daripada 'kawasan hitam' tersebut di jalan persekutuan.

Motorist menggesa semua orang supaya lebih berhati-hati di jalan raya semasa tempoh sibuk ini. Ingatlah untuk mengamalkan tabiat pemanduan yang baik dan pastikan anda memandu secara defensif sentiasa!

Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: Risks of a Used Car Transaction: Vehicle Ownership

0 Comments