10 Barang Kecemasan Yang Anda Patut Ada Di Dalam Kereta

Diterbikan oleh pada . Dikemas kini pada 14 Feb 2022

Editors%2 Fimages%2 F1641452130224 First Aid Kit Featured(Kredit foto: Pexels)

Adakah anda bersedia untuk menghadapi kecemasan di jalan raya? Berikut adalah 10 barangan kecemasan kamu patut sediakan di dalam kereta anda sekiranya anda menghadapi kecemasan.

Kit kecemasan kereta adalah sesuatu yang perlu dimiliki oleh semua pemandu. Kenapa? Kerana kecemasan dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Daripada memutar-mutar ibu jari anda dan menunggu bantuan tiba, item berikut boleh membantu anda membetulkan atau memperbaiki keadaan.

Berikut adalah senarai semak 10 barang penting yang perlu anda simpan di dalam kereta anda.


1) Peti kecemasan

Item kecemasan paling asas yang perlu anda miliki. Anda boleh membeli peti kecemasan yang telah disediakan di farmasi ataupun anda boleh menyediakannya sendiri. Jika anda menyediakan peti kecemasan anda sendiri, pastikan ia mempunyai alat-alat berikut: pembalut, band-aid, kain kasa perubatan, kain lap antiseptik, krim melecur dan antiseptik, ubat penahan sakit, tablet alergi, bulu kapas dan swap, dan larutan garam.


2) Makanan Ringan dan Air Minum

Editors%2 Fimages%2 F1641452046914 Emergency Rations(Kredit foto: Pexels)

Jika anda terkandas di lebuh raya, anda tidak akan tahu jangka masa yang diambil sebelum bantuan tiba. Dengan membungkus bekalan di dalam kereta anda, anda akan dapat memuaskan rasa lapar dan dahaga anda sehingga anda diselamatkan.


3) Pengecas Ganti Mudah Alih

Kita hidup dalam zaman telefon pintar, dan ramai antara kita akan menjadi tidak berdaya tanpa telefon bimbit kita. Itulah sebabnya ia amat berguna untuk menyimpan pengecas ganti mudah alih di dalam kereta anda. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah telefon pintar anda kehabisan bateri apabila kereta anda rosak.


4) Alat Pemadam Api

Editors%2 Fimages%2 F1641452274093 Fire Extinguisher For Your Car Can Be Helpful(Kredit foto: Pexels)

Kebakaran kereta, walaupun jarang berlaku, boleh terjadi pada bila-bila masa. Memilih satu alat pemadam api di kereta anda sangat berguna apabila timbul keperluan. Jika anda membuat keputusan untuk membeli alat ini, pastikan anda memilih satu yang mampu menangani kebakaran petroleum. Elakkan alat pemadam air jika boleh.


5) Tayar Ganti

Editors%2 Fimages%2 F1641452342924 Ensure Your Spare Tyre Is Serviceable(Kredit foto: Pexels)

Setiap kereta harus mempunyai satu, kerana ia adalah salah satu item paling penting yang patut ada dalam kenderaan anda. Selain melengkapkan diri dengan ilmu menukar tayar pancit, pastikan tayar ganti anda masih dalam keadaan baik. Walaupun ia tidak digunakan, ia mungkin telah merosot. Sebagai peraturan umum, anda harus menggantikan tayar ganti anda sekali setiap lima tahun.


6) Kit Pembaikan Tayar

Kit pembaikan tayar agak baru dalam dunia automotif. Kit ni boleh membantu anda memperbaiki tayar yang bocor secara semantara apabila situasi tidak membenarkan anda menukar tayar yang bocor itu pada waktu itu.. Mereka mungkin bukan penyelesaian yang kekal, tetapi mereka dapat memberi anda masa yang cukup untuk membawa kereta anda ke bengkel.


7) Kabel Jumper

Editors%2 Fimages%2 F1641452433231 Jumper Cables Are Useful When Your Car Battery Dies(Kredit foto: Pexels)

Anda tidak mahu ditangkap tanpa kabel jumper apabila bateri kereta anda mati. Apabila anda membelinya, pastikan ia cukup panjang untuk menyambungkan dua kereta. Anda juga patut mendapatkan pemegang getah untuk keselamatan anda.


8) Alat Serbaguna

Editors%2 Fimages%2 F1641452566383 Swiss Army Knives Are Useful In Emergencies(Foto kredit: Unsplash)

Simpan alat pelbagai guna, seperti pisau tentera Switzerland, di dalam kereta anda sekiranya berlaku kecemasan. Ia boleh digunakan untuk mengetatkan skru, memotong wayar dan benang, serta pembaikan pantas yang lain.


9) Pemotong Tali Pinggang Keledar dan Pemutus Tingkap

Jika anda mendapati diri anda terperangkap di tempat duduk anda selepas kemalangan, alat kecemasan ini boleh menyelamatkan nyawa anda. Kecil dan mudah alih, alat kecemasan ini direka untuk memotong tali pinggang keledar yang tersekat dan menghancurkan tingkap kereta. Terdapat beberapa alat di pasaran, jadi beli satu yang paling sesuai dengan keperluan anda.


10) Lampu Suluh Berfungsi serta Bateri Ganti

Editors%2 Fimages%2 F1641456138547 You Will Need Torchlight At Night(Kredit foto: Pexels)

Jika anda terkandas di tepi jalan pada waktu malam, anda akan bersyukur jika anda mempunyai lampu suluh yang berfungsi. Lampu suluh telefon bimbit anda boleh menjadi alternatif, tetapi ia biasanya tidak boleh tahan lama atau sekuat seperti lampu suluh biasa.

Apakah barang kecemasan lain yang perlu anda sediakan di dalam kereta anda? Beritahu kami dalam ruangan komen di bawah!.

Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: How to Stop Your Car with No Brakes

0 Comments