Pihak Berkuasa Pertimbang Tutup Sebahagian Jalan Bukit Bintang Utama untuk Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas

Diterbikan oleh pada . Dikemas kini pada 2 Jan 2025


Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut, pihak berkuasa kini sedang mempertimbangkan untuk menutup satu bahagian utama di Jalan Bukit Bintang, menurut laporan New Straits Times.

Pertimbangan penutupan ini adalah disebabkan oleh kesesakan lalu lintas yang berterusan di kawasan tersebut, terutama semasa waktu puncak dan cuti akhir tahun. Kawasan yang terlibat ialah jalan antara Pavilion KL hingga Jalan Pudu, yang sering sesak sehingga kenderaan hampir tidak bergerak walaupun pada waktu biasa.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, perbincangan dan kajian lebih lanjut bersama pihak berkepentingan sedang dijalankan untuk menilai kebolehlaksanaan mengalihkan dan mengehadkan trafik kenderaan di kawasan itu.

“Dengan mengalihkan trafik dan menutup kawasan ini kepada kenderaan, kami berhasrat untuk mewujudkan zon mesra pejalan kaki. Dengan komunikasi yang jelas kepada orang ramai dan pihak berkepentingan, saya percaya cadangan ini berbaloi untuk dicuba,” katanya kepada Buletin TV3.