Motorist meraikan ulang tahun ke-11 dengan percutian berbilang negara ke Da Nang untuk menikmati hujung minggu yang menyeronokkan.

Diterbikan oleh pada

Editors%2 Fimages%2 F1786542303539 Motorist+Celebrated+Its+11th+Anniversary+With+A+Multinational+Trip+To+Da+Nang+For+Some+Fun+In+The+Sun+ +Pic1

Motorist meraikan ulang tahun ke-11 dengan percutian berbilang negara ke Da Nang, Vietnam, di mana 114 warga kerja dari lima buah negara berkumpul untuk menikmati hujung minggu yang menyeronokkan. 

Selepas berehat selama setahun, percutian tahunan syarikat Motorist kembali bagi tahun 2026, kali ini membawa kakitangan syarikat ke kawasan persisiran pantai di Da Nang, Vietnam. Secara keseluruhannya, seramai 114 warga kerja dari lima pasaran Motorist iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina telah menyertai percutian ke bandar peranginan Vietnam berkenaan - menjadikannya kontinjen terbesar dalam sejarah percutian syarikat Motorist.

Selain mendapat rehat dan istirahat yang sememangnya berhak dinikmati, pasukan Motorist turut mengambil bahagian dalam aktiviti pengeratan hubungan pasukan selama sehari di mana mereka meneroka bandar bersejarah Hoi An menerusi siri cabaran yang diilhamkan daripada rancangan The Amazing Race.

Kemuncak percutian syarikat tersebut diakhiri dengan majlis makan malam bagi meraikan pekerja yang telah lama berkhidmat, penyampaian hadiah, serta persembahan bakat daripada beberapa ahli pasukan Motorist dalam pertandingan Motorist Got Talent. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Motorist, Damian Sia, mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja Motorist serantau atas sokongan mereka sepanjang 11 tahun perjalanan kejayaan syarikat dan menghargai sumbangan semua pihak. Beliau turut berkongsi fasa pembangunan Motorist yang seterusnya sebagai platform automotif pilihan utama — yang bermula di Singapura dan kini berkembang pesat ke Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina.   Editors%2 Fimages%2 F1786542313312 Motorist+Celebrated+Its+11th+Anniversary+With+A+Multinational+Trip+To+Da+Nang+For+Some+Fun+In+The+Sun+ +Pic2CEO Motorist, Damian Sia (dua dari kiri) bersama tiga tiang utama syarikat serta anugerah perkhidmatan 10 tahun mereka.


Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!

Muat turun Aplikasi Motorist sekarang. Direka khas oleh pemandu untuk pemandu, aplikasi serba guna ini membolehkan anda menerima maklumat trafik terkini, memberi akses kepada kamera trafik langsung, serta membantu anda menguruskan hal ehwal berkaitan kenderaan anda.

0 Comments