Malaysia, Selangor
Motorist: Sertai Bintang Baru Asia Tenggara dalam Pasaran Automotif
Beribu pejabat di Singapura, Motorist merupakan sebuah platform dalam talian yang sedang berkembang pesat dan merevolusikan industri automotif. Kami komited untuk mempermudah urusan transaksi automotif melalui teknologi canggih serta perkhidmatan pelanggan yang unggul. Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana kami menjadi peneraju industri di www.motorist.my/brand-story.
Mengapa Sertai Motorist?
- Sertai sebuah syarikat perintis yang berada di barisan hadapan dalam transformasi industri automotif.
- Rasai sendiri inovasi apabila kami mengaplikasikan teknologi terkini dalam mempertingkatkan perkhidmatan kami.
- Manfaatkan pelbagai program pembangunan profesional yang dirangka khusus untuk menyokong perkembangan kerjaya anda.
- Bekerjasama dengan kumpulan profesional yang pelbagai dari seluruh Asia dalam persekitaran kerja yang dinamik dan inklusif.
- Rebut peluang untuk terlibat dalam projek rentas sempadan, menyumbang kepada usaha pengembangan global kami.
- Berkembang maju dalam persekitaran kerja yang menggalakkan kreativiti, semangat berpasukan dan pembelajaran berterusan menerusi pelbagai aktiviti serta inisiatif yang menarik.
Tanggungjawab
Tugas & Tanggungjawab
- Kandungan BAU & media sosial: Melaksanakan kalendar kandungan Malaysia merentasi Facebook, Instagram, TikTok, dan saluran aktif yang lain. Menyesuaikan aset induk daripada HQ mengikut konteks tempatan Malaysia, serta memastikan kandungan BAU berjalan secara konsisten dan mengikut jadual.
- Penciptaan kandungan tempatan: Melangkaui sekadar penyesuaian (localisation). Mencetuskan idea dan menghasilkan kandungan asli untuk pasaran Malaysia — video bentuk pendek, siaran media sosial, dan aset kempen — yang mencerminkan trend tempatan, tingkah laku audiens, dan perkhidmatan khusus pasaran seperti jual kereta, penyenaraian kereta, dan insurans. Anda selesa berada di hadapan kamera, serta mampu mengendalikan proses penggambaran dan penyuntingan secara berdikari.
- Pelaksanaan kempen: Melaksanakan kempen yang diketuai HQ secara menyeluruh: menyesuaikan kandungan kreatif, menerbitkan merentasi platform, menyediakan penjejakan UTM, dan melaporkan hasil. Pelancaran berimpak tinggi memerlukan kelulusan daripada ketua pasukan anda sebelum diterbitkan.
- Kreatif untuk media berbayar: Bekerjasama dengan pasukan Media untuk menghasilkan bahan kreatif sedia iklan bagi kempen berbayar. Menterjemahkan taklimat (brief) kepada aset yang sesuai dengan platform (video bentuk pendek, grafik statik), menghasilkan variasi untuk tujuan ujian, serta menyerahkan hasil akhir mengikut spesifikasi supaya pasukan dapat menjalankannya merentasi saluran berbayar.
- Prestasi & pertumbuhan jenama: Memantau metrik saluran anda (capaian, penglibatan, trafik) dan menggunakan data tersebut untuk memperbaiki kandungan akan datang. Secara proaktif mencadangkan konsep kreatif tempatan yang berpotensi digunakan secara serantau atau dalam media berbayar.
Keperluan
Kelayakan & Pengalaman
- Sekurang - kurangya 2 tahun pengalaman dalam bidang jenama (brand), pemasaran, atau kandungan, dengan rekod prestasi menguruskan saluran media sosial dan melaksanakan kempen secara menyeluruh.
- Peka jenama, berakar umbi tempatan. Anda memahami jenama Motorist dan mampu bekerja mengikut garis panduannya — sambil menghasilkan kandungan yang terasa asli dengan budaya, bahasa, dan trend masyarakat Malaysia.
- Pemikiran seorang pencipta kandungan. Anda mengikuti trend di TikTok, Reels, dan Shorts secara kritis — bukan sekadar mengikut format semata-mata, tetapi memahami apa yang berkesan untuk audiens Motorist. Anda mampu menulis "hook", membingkai sesuatu babak (shot), dan menyunting untuk mengekalkan penglibatan penonton (retention).
- Selesa di hadapan dan di belakang kamera. Anda boleh menjadi hos, pembentang, atau siaran langsung (live), dan sama selesa mengendalikan kamera.
- Teratur dan boleh dipercayai. Anda menguruskan kalendar kandungan yang mengimbangi keperluan BAU dengan tarikh akhir kempen HQ, serta mengenal pasti sebarang konflik sebelum ia menjadi masalah.
- Peka terhadap prestasi. Anda menjejaki paparan (views), simpanan (saves), penglibatan (engagement), dan trafik — serta menggunakan data tersebut untuk membentuk kandungan seterusnya.
Qualifikasi
Sekurang - kurangya 2 tahun pengalaman dalam bidang jenama (brand), pemasaran, atau kandungan, dengan rekod prestasi menguruskan saluran media sosial dan melaksanakan kempen secara menyeluruh.