B40 akan Dimanfaatkan dengan Subsidi Bahan Api Sasaran, Ujian Perintis Sedang dijalankan

Diterbikan oleh pada

(Kredit Foto: Unsplash)

Subsidi pukal petrol adalah sebab utama ramai orang dapat bernafas lega di seluruh negara apabila harga bahan api global melonjak awal tahun ini. Walau bagaimanapun, ia mungkin tiday bermanfaat bagi warga B40 sebanyak ia memberi manfaat kepada golongan warga kaya. Kerajaan sedang menjalankan ujian perintis ke atas sistem subsidi petrol yang disasarkan yang bertujuan untuk mengutamakan faedah kepada mereka yang lebih memerlukannya!

Perkara ini diumumkan oleh timbalan ketua setiausaha bagi dasar Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican, dalam rancangan pagi BFM The Breakfast Grille.

Datuk Johan bagaimanapun, tidak memberitahu cara sebenar sistem itu akan dijalankan selain daripada kajian rintis itu akan melibatkan penggunaan platform e-dompet di stesen minyak, Mungkin platform ini digunakan untuk menyediakan kadar diskaun dan subsidi untuk warga B40.

Kekurangan maklumat telah menyebabkan pelbagai persoalan ditimbulkan. Satu sentimen yang Datuk Johan serta orang ramai ada ialah mereka yang tinggal di kawasan luar bandar mungkin tidak biasa menggunakan platform e-dompet seperti mereka yang berasal di kawasan bandar di mana kaedah e-pembayaran telah menjadi sesuatu kebiasaan.

(Kredit Foto: Unsplash)

Contoh terkini bagaimana sistem ini mungkin menjadi isu adalah apabila JPJ melaksanakan sistem tanpa tunai di pejabat mereka. Ramai orang, terutamanya orang tua, bergelut dengan sistem baru. Ini adalah perkara yang menyakitkan dan kerajaan akan mencuba elakkannya apabila melaksanakan subsidi petrol yang disasarkan.

Cadangan lain adalah untuk melaksanakan sistem yang serupa dengan bil Tenaga di mana anda membayar kadar yang lebih rendah jika anda kurang menggunakan tenaga. Tetapi itu juga mempunyai pelbagai potensi masalahnya sendiri.

Walau bagaimanapun, jangan risau, kerana sebarang pelaksanaan subsidi bahan api yang disasarkan dan penyingkiran subsidi menyeluruh bukanlah keputusan yang tergesa-gesa.

Ujian akan berlangsung 3 hingga 6 bulan sebelum pelaksanaan dan Datuk Johan menggesa bahawa ini bukanlah sesuatu yang "tidak akan dipandang ringan" oleh kerajaan.

(Kedit Foto: Unsplash)

Pada masa ini, tinjauan menunjukkan bahawa keluarga biasa T20 membelanjakan kira-kira RM500 untuk bahan api dalam sebulan secara purata. Ini adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada purata perbelanjaan bulanan isi rumah B40 untuk bahan api dan oleh itu T20 menikmati subsidi tiga kali ganda. Cadangan baharu ini berdasarkan concept yang berniat baik dan masuk akal—  memberilah bantuan kepada mereka yang lebih memerlukannya. Walau bagaimanapun, kita akan lihat bagaimana pelaksanaan akan dijalankan. Masa akan menentukan!

Seperti biasa, kekal selamat Motorists!

Tuntut penilaian kereta percuma anda hari ini!


Bacaan Tambahan: What is Flood Coverage in Malaysia and Should You Get It?

0 Comments