6 Jenama Kereta Paling Popular di Malaysia

Diterbikan oleh pada . Dikemas kini pada 14 Feb 2022

Fw704265 Chn01 300418 Geely Mpr  1

(Kredit Foto: The Malaysian Reserve)

Pernahkah anda berdebat dengan kawan-kawan anda jenama kereta mana yang paling terbaik di Malaysia? Dalam artikel ini, kita akan lihat 6 jenama kereta terkemuka mengikut perkongsian pasaran semasa.

Jika dilihat pada populariti, terdapat banyak pembolehubah dan faktor yang perlu dipertimbangkan berkenaan “jenama kereta terbaik”. Sesetengah orang mungkin akan lihat dari sudut jualan manakala yang lain mungkin akan lihat pada kualiti dan nilai kereta yang dihasilkan oleh jenama itu. Oleh itu, untuk memudahkan anda, kita akan lihat jenama mana yang berada pada carta teratas daripada segi populariti .

Perodua

Perodua Myvi Advance Review

(Kredit Foto: Rojak Daily)

Yang berada dalam senarai kami termasuklah Perodua iaitu jenama pembuat kereta terbesar di Malaysia. Namun begitu, tahukah anda bahawa Perodua juga ialah pembuat kereta kompak terbesar di Asia Tenggara? Sesetengah model popular yang dihasilkan oleh jenama itu ialah Myvi, Axia dan Bezza. Kebetulan juga, ketiga-tiga kereta tersebut juga adalah model terlaris pada tahun 2019 dengan jumlah terkumpul sebanyak 194,000 unit terjual. Perodua memiliki 49.4% bahagian pasaran di Malaysia.

Proton

2425 Dedc 9 Ae0 4 Fbf 8 A04 Cb98 Aedcbf7 C Saga 2019 Red  00000

(Kredit Foto: Proton)

Dengan bahagian pasaran sebanyak 18.2%, naib juara dalam senarai kami ialah jenama milik Malaysia. Ditubuhkan pada 1983, Proton adalah satu-satunya syarikat kereta nasional di Malaysia yang telah mencipta kereta nasional Malaysia sendiri iaitu Proton Saga. Sebenarnya, lebih 1.8 juta unit kereta tersebut sudah dihasilkan.

Honda

20201124023040 City Hatchback  1

(Kredit Foto: Autocar India)

Tiga jenama seterusnya yang berada dalam senarai kami berasal dari negara matahari terbit, namun, yang paling digemari ramai ialah Honda. Kereta Jepun pertama yang tiba di Malaysia pada pertengahan tahun 1950. Walau bagaimanapun, kereta tersebut tidak popular berikutan sentimen anti-Jepun disebabkan perang ketika itu. Namun begitu, kereta dari Jepun tetap cuba mendapatkan reputasi mereka dengan meningkatkan kualiti, kebolehpercayaan, kecekapan bahan api yang tinggi dan nilai untuk wang. Kereta Jepun juga secara puratanya lebih murah daripada kereta premium Barat. Honda memasuki pasaran pada tahun 1970 dan mampu mencapai 15.5% bahagian pasaran. Hari ini, Honda menghasilkan 2 model terlaris dalam negara iaitu City dan HR-V

Toyota

Slider2  1

(Kredit Foto: Toyota)

Kereta jenama Jepun seterusnya ialah Toyota, satu jenama yang baru-baru ini telah menyambut 50 tahun tonggak pembuatan. Toyota mula mengeluarkan kereta di Champion Motor Plant Shah Alam dan kilang tersebut masih mengeluarkan kereta sehingga ke hari ini. Pada 2018, kilang itu telah mengeluarkan 1.5 juta kereta. Toyota tidak bercadang untuk mengurangkan pengeluaran kerana ia baru sahaja membina kilang baru di Bukit Raja Plant seterusnya meningkatkan output sehingga 50,000 unit. Dari segi jualan, kereta terlaris daripada Toyota ialah Vios yang berjaya terjual lebih daripada 24,000 unit pada tahun 2019. Dengan prestasi dan sejarah yang menakjubkan, tidak hairanlah Toyota berjaya menguasai 9.5% daripada jumlah bahagian pasaran.

Nissan

Nissanlive Vienna X Trail 011  1

(Kredit Foto: Top Gear)

Kami akhiri artikel ini dengan jenama ketiga dari Jepun iaitu Nissan. Pada tahun 1950 sebelum ini dikenali sebagai Datsun dan pada tahun 1960, Nissan mempelopori peningkatan pembuatan kereta Jepun di Malaysia. Walau bagaimanapun, penguasaan mereka hanya dalam tempoh singkat sahaja kerana jenama Toyota telah mengambil alih tempat itu tidak lama kemudian. Pada zaman sekarang, Nissan tidak lagi mengeluarkan banyak lagi kereta seperti jenama Jepun yang lain kerana ia telah mula beralih dan fokus kepada SUV dan trak pikap. Disebabkan itu, model terlaris daripada Nissan ialah Nissan X-Trail dan Navara. Walaupun begitu, Nissan berjaya menguasai 8.8% bahagian pasaran.

Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: How to Sell Your Used Car for More

0 Comments