Kad Touch 'n Go NFC yang Dipertingkatkan: Tambah Nilai Kad Anda semasa Dalam Perjalanan Tanpa Caj Tambahan!

Diterbikan oleh pada

(Kredit Foto: The Star)

Pernahkah anda melalui situasi dimana anda tersangkut di barisan plaza tol kerana kereta di hadapan terlupa untuk tambah nilai kad Touch 'n Go mereka? Atau lebih teruk, pernahkah anda menjadi salah seorang pemandu yang tersangkut di gantri itu kerana kad andalah yang tak cukup nilai?

Jangan risau, Kumpulan Touch 'n Go (TNG) telah melancarkan kad Touch 'n Go yang baharu dan lebih canggih yang boleh menyelesaikan masalah ini!

Kad Touch 'n Go adalah sesuatu benda yang pemilik kereta di Malaysia sangat memerlukan dalam kehidupan mereka. Kepentingannya hampir sama tahap seperti kad pengenalan atau lesen memandu seseorang. Tetapi malangnya, kad penting sedemikian boleh dianggap hampir tidak berguna dalam situasi di mana seseorang itu tidak bermaya dalam memantau baki kad mereka.

Walau bagaimanapun, perkara ini mungkin kurang berlaku pada masa depan dengan pengumuman terbaru Kumpulan TNG tentang versi dipertingkatkan kad Touch 'n Go yang menggabungkan teknologi NFC supaya pengguna boleh menambah nilai kad mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa mereka berada. Ini bermakna anda tidak perlu lagi cuba keluar dari pondok tol untuk menambah nilai kad anda.

Kad baharu didatangkan dalam kecerunan merah jambu dan biru pastel halus serta menawarkan tahap keselamatan yang lebih baik disebabkan tahap penyulitan yang lebih tinggi. Ia digunakan dengan penyepaduan NFC sambil mengekalkan perkhidmatan versi lama sebelum ini.

(Kredit Foto: Touch n' Go)

Kad baharu didatangkan dalam kecerunan merah jambu dan biru pastel halus serta menawarkan tahap keselamatan yang lebih baik disebabkan tahap penyulitan yang lebih tinggi. Ia digunakan dengan penyepaduan NFC sambil mengekalkan perkhidmatan versi lama sebelum ini.

Perkhdimatan tersedia untuk kedua-dua kad:

  • Toll payments
  • Train and bus fare payments
  • In-store payments
  • Parking fees

Perkhidmatan tersedia untuk kad yang dipertingkatkan :

  • Check your card balance (via eWallet)
  • Reload your card using your mobile device (via eWallet)
  • Purchase of cards (via eWallet)

Apabila anda menerima kad anda, pautkannya ke Touch n’ Go eWallet anda dengan hanya menahan kad ke bahagian belakang peranti berdaya NFC selama 5 saat. Untuk menambah nilai didalam kad Touch 'n Go anda, hanya dayakan NFC pada telefon bimbit anda dan gunakan apl Touch n' Go eWallet anda seperti kios tambah nilai, semuanya tanpa bayaran tambah nilai! Ia adalah satu proses yang mudah yang dapat menyelesaikan kebimbangan biasa dialami khalayak pemandu di Malaysia. 

Mendapatkan kad baharu mungkin sukar buat masa ini kerana permintaan menggantikan bekalan, dengan TNG Group memetik kekurangan cip global sebagai punca stok terhad. Pada masa penulisan, stoknya pada aplikasi Touch n’ Go eWallet memang sudah habis.

Ia boleh didapati di Shopee tetapi itu kerana "scalpers" telah mengambil kesempatan situasi ini, menjualnya setinggi RM65 untuk kad kosong tetapi ia hanya berharga RM10 tak kira kos pos apabila anda dapatkannya dari apl eWallet Touch 'n Go . Kami mengesyorkan anda bertahan buat sementara waktu dan menjangkakan bekalan semula!

Tuntut penilaian kereta percuma anda hari ini!


Bacaan Tambahan: Tips When Driving into Singapore

0 Comments