Harga Tol Di Lebuhraya Lekas Dan Besraya Diturunkan

Diterbikan oleh pada

(Kredit Foto: theedgemarkets)

Harga tol telah diturunkan di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) sejak awal tahun ini.

Keputusan untuk mengurangkan caj tol di kedua-dua lebuh raya ini dipersetujui pada mesyuarat kabinet pada 21 Disember tahun lepas, menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Plaza tol Loke Yew dan Mines di Besraya kini mengenakan bayaran kepada kenderaan Kelas 1 RM1.85, diturunkan daripada RM2. Kenderaan kelas 1 di Lekas juga kini hanya dikenakan bayaran RM7.80 berbanding bayaran tol RM8.30 dahulu.

Bagaimanapun, plaza tol Ampangan masih mengenakan kadar tetap yang sama kerana ia menggunakan sistem tol terbuka, iaitu sistem yang mengenakan bayaran tetap kepada pengguna jalan raya yang membolehkan pemandu keluar dari lebuh raya di mana-mana persimpangan sehingga plaza tol seterusnya. Ini berbeza dengan sistem tol tertutup yang mengenakan bayaran kepada pengguna jalan raya berdasarkan jarak perjalanan dan kelas kenderaan yang digunakan.

Nanta menyatakan bahawa pengurangan ini adalah sebahagian daripada perjanjian untuk 'menyusun semula dan mengkaji semula kadar tol yang diputuskan oleh kerajaan.' Bayaran tol yang diturunkan akan berkuat kuasa sepanjang tempoh konsesi.

Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: Are Seatbelts Really Necessary for Rear Passengers?

1 Comment