Malaysia Menduduki Tempat Kedua untuk Jalan Paling Membawa Maut di Dunia

Diterbikan oleh pada

(Kredit Foto: Pexels)

Kajian yang dijalankan oleh firma pendidikan pemandu, Zutobi, mendedahkan bahawa jalan raya Malaysia adalah jalan raya tempat kedua membawa maut di dunia, dengan hanya Arab Saudi menduduki tempat lebih tinggi.

Kajian itu mendedahkan terdapat 22.76 kematian trafik jalan raya bagi setiap 100,000 orang direkodkan di Malaysia, satu angka yang membimbangkan kerana hanya 16 negara lain mencatat dua angka pada metrik ini. Malaysia, bagaimanapun, adalah satu daripada dua negara yang melebihi 20 kematian bagi setiap 100,000 orang dalam senarai itu.

Awal tahun ini, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Bakri Zainal Abidin mendedahkan kematian trafik jalan raya berlaku setiap 84 minit di sini, dengan sebahagian besar kumpulan penyumbang adalah penunggang motosikal.

Bakri juga mengatakan bahawa ini berlaku walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan lebih 15,000 saman trafik setiap hari di seluruh negara dan dengan bantuan data baharu, usaha penguatkuasaan akan lebih disasarkan di kawasan berisiko tinggi pada masa hadapan.

Usaha penguatkuasaan sudah tentu untuk membasmi kematian yang disebabkan tingkah laku pemandu yang tidak bertanggungjawab seperti memandu laju dan dalam keadaan mabuk. Namun, kebiasaan jalan raya yang paling mengakibatkan kemalangan adalah mengekori atau mengikuti kenderaan hadapan dengan jarak yang terlalu rapat.

(Kredit Foto: Zutobi)

Kajian yang disebutkan di atas juga telah mendedahkan satu lagi sebab untuk kedudukan tinggi Malaysia dalam perihal kematian jalan raya. Malaysia berada di kedudukan ke-12 terendah dalam soal kualiti jalan raya, dengan jalan berlubang dan kerikil longgar menjadi kebiasaan di sini.

Gelaran naib juara jalan paling membawa maut di dunia pastinya merupakan anugerah yang tidak diingini dan ia merupakan isu yang perlu diusahakan oleh kedua-dua pemandu dan kerajaan secara sedar untuk menambah baik hasil statistik yang mengecewakan ini.

Kami menggesa anda untuk sentiasa mengamalkan tabiat pemanduan yang baik dan bersabar ketika di jalan raya. Seperti biasa, kekal selamat Motorists!

Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: The New Car Owner's Guide Vol 4: Driving Overseas - Singapore

0 Comments