3 Sebab Mengapa Anda Patut Mendapat Penilaian Kereta Sebelum Menjual Kereta Anda

Diterbikan oleh pada . Dikemas kini pada 14 Feb 2022

Editors%2 Fimages%2 F1641536839144 Reasons To Get Your Car Evaluated Before Selling Featured(Kredit Foto: Pexels)

Penilaian kereta adalah anggaran harga yang akan dibayar oleh pengedar kereta untuk kereta terpakai anda. Setelah kereta anda dinilai, anda boleh membuat keputusan termaklum untuk menjual kenderaan anda pada harga yang berpatutan.

Kereta kita memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Kita pula memainkan peranan untuk menjadi pemilik kereta yang bertanggungjawab dan melakukan yang terbaik untuk kenderaan kita. Mendapatkan penilaian untuk kereta anda sebelum menjualnya ialah satu contoh sedemikian.

Pada zaman ini, mendapatkan penilaian untuk kereta anda adalah langkah penting dalam proses menjual dalam talian. Ia akan membantu anda mengetahui nilai kereta anda. Apabila anda mengetahui nilainya, adalah lebih mudah untuk menangkis pengedar kereta yang tidak bertanggungjawab dan tawaran rendah mereka yang mencurigakan.

Dalam artikel ini, kita akan berbincang tentang tiga sebab yang baik mengapa anda perlu selalu mendapatkan penilaian kereta sebelum anda menjual kenderaan anda.


1. Jual Kereta Anda dengan Harga Setinggi Yang Mungkin

Editors%2 Fimages%2 F1641536955034 Get More Money With An Evaluation(Kredit Foto: Pexels)

Kami tahu, susah untuk mengetahui harga terbaik untuk kereta anda sendiri. Menghubungi dan memandu ke beberapa pengedar kereta untuk bertanya tentang nilai kereta anda adalah terlalu banyak kerja yang perlu anda lakukan. Tetapi kita semua mahukan perkara yang sama, harga jualan tertinggi yang mungkin.

Ejen dan pengedar kereta merupakan halangan karena mereka hanya mahu membeli kereta anda dengan harga murah dan mengubahnya untuk keuntungan yang lumayan. Apabila anda mendapat penilaian kereta, anda boleh yakin bahawa harga yang diberi adalah harga terbaik yang anda boleh dapatkan untuk kereta anda. Penilaian kereta yang tepat boleh mendapatkan anda beberapa ratus atau ribuan ringgit lebih daripada harga yang diberi oleh ejen atau pengedar kereta.


2. Peniaga Tidak Bertanggungjawab, Pergi Belah!

Editors%2 Fimages%2 F1641537238708 Car Dealers Might Try Lowballing(Kredit Foto: Pexels)

Kebanyakan pemilik kereta cenderung mempunyai perasaan bercelaru mengenai pengedar kereta. Mereka disayangi kerana mereka menerima kereta terpakai, tetapi dibenci kerana ada sebahagian daripada mereka mengamalkan taktik jualan yang tidak bertanggungjawab. Ramai daripada mereka menggoda pemilik kereta dengan percakapan kosong yang tidak bermanfaat sebelum membuat dakwaan bahawa kenderaan pemilik kereta itu mempunyai kecacatan.

Selepas itu, mereka mungkin akan menarik balik tawaran mereka sebelum ini. Hakikatnya, jika mereka sanggup berdemikian walaupun tidak ada yang salah dengan kereta itu, menunjukkan bahawa mereka akan bekerja keras untuk mencari, atau mereka alasan apa-apapun untuk membatalkan beberapa ratus dolar daripada tawaran asal mereka.

Berunding dengan pengedar kereta terpakai boleh dikatakan seperti membaling dadu. Selalunya, anda tidak akan tahu bahawa anda sedang dibawa bersiar-siar sehingga perjanjian itu selesai. Nasib baik kini kebanyakan perkhidmatan penilaian kereta hari ini berlangsung dalam talian.

Ini bermakna zaman tawar-menawar dan rundingan dengan pengedar kereta untuk harga yang terbaik sudah lama berlalu. Lagipun, ia juga dapat menjimatkan masa anda, menghapuskan kerumitan untuk pergi ke pengedar dan memerlukan mereka untuk memberi anda harga untuk kereta anda.


3. Penilaian Kereta Percuma oleh Motorist Malaysia

Editors%2 Fimages%2 F1642497939235 Sell Car Malaysia

Di Motorist Malaysia, kami menawarkan perkhidmatan penilaian kereta percuma untuk sesiapa sahaja. Sistem penilaian kami adalah percuma dan tepat, kerana kami akan memuatnaikkan kenderaan anda melalui sistem bidaan dalaman kami. Setelah berada dalam sistem, pengedar dan rakan kongsi kami yang dipercayai akan dapat membuat tawaran untuk kenderaan anda.

Selepas 24 jam, kami akan menyatukan semua tawaran dan menapis tawaran tertinggi untuk anda. Jika anda setuju untuk melepaskan kereta anda pada harga itu, kami akan mengatur pertemuan antara anda dan pengedar kereta. Teranglah, anda mempunyai semua kad di tangan anda. Di samping itu, anda tidak diwajibkan untuk menjual kereta anda jika anda tidak berpuas hati dengan harganya, atau jika anda berubah fikiran danakhirnya tidak mahu menjual kenderaan anda..

Editors%2 Fimages%2 F1641537485573 Get A Good Deal At Motorist Malaysia(Kredit Foto: Pexels)

Tidak kira sejauh mana pengalaman anda dalam pemilikan kereta, ia sentiasa idea yang baik untuk mendapatkan penilaian kereta sebelum menjual kenderaan anda. Seperti yang dikemukakan sebelum ini, pemilik kereta yang baik harus mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa peniaga yang tidak bertanggungjawab tidak akan dapat “lowball” anda. Ini amat penting, kerana industri kereta di Malaysia telah dibelenggu dengan masalah seperti ini selama bertahun-tahun.

Bagi mereka yang tidak bercadang untuk menjual kereta mereka dalam masa terdekat, penilaian kereta tahunan juga amat digalakkan. Ia akan membantu anda menjejaki nilai kereta anda dan membantu anda membuat keputusan tentang waktu terbaik untuk anda menjual kereta anda.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses ini, sila hubungi kami. Matlamat kami ialah untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih baik dan lebih bijak apabila melibatkan pemilikan kenderaan di Malaysia.

Tuntut penilaian kereta percuma anda hari ini!


Read More: Google Maps vs Waze: Which is Better?

0 Comments